Pay Per Click Marketing.
April 16th, 2008 by mazri | Filed under Adword.- Ebook, software dan tool berkualiti dengan harga murah. Easy AdSenser by UnrealSaya menerima email dari Mike Mazzella...
- Setting up Google Adword. Easy AdSenser by UnrealGoogle Adword. Satu servis yang boleh...
- Langkah supaya website anda diindex di google dengan cepat. Easy AdSenser by Unreal Sekarang saya akan tunjukkan bagaimana website...
- Rahsia sebenar jana wang dalam masa yang singkat terdedah. Easy AdSenser by UnrealTengok tajuk pasti anda ingat ini...
- Mahir Adsense dalam masa 7 hari. Easy AdSenser by Unreal Ketahui bagaimana anda boleh meningkatkan...
Apa khabar anda semua? Hari ini saya akan membicarakan tentang salah satu cara promosi website atau blog iaitu dengan menggunakan Pay Per Click (Iklan klik berbayar). Salah satunya ialah penggunaan Google Adword yang merupakan medium pay per click paling terkenal dibicarakan oleh pakar pemasaran internet seluruh dunia.
Walaubagaimana pun, penggunaan Adword tanpa cara yang betul atau pengetahuan mendalam boleh menyebabkan anda menanggung kos yang tinggi. Setiap klik iklan anda akan dikenakan caj oleh pihak Google inc. Jika anda hanya memikirkan tentang iklan anda saja, tanpa memikirkan kos yang anda tanggung, anda telah melakukan kesilapan yang besar. Adakah ianya berbaloi dengan keuntungan dari iklan tersebut?
Saya sendiri telah mengalaminya pada peringkat awal berkenalan dengan Adword ini. Saya menaggung kos yang bukan sedikit. Akhirnya saya menilai kembali dengan membuat rujukan dari ebook-ebook yang saya beli dan cuba melakukan seperti yang disarankan. Alhamdulillah kos iklan Adword saya semakin menurun. Apa saya belajar ialah, JANGAN TAMAK mahu pelawat klik iklan anda tanpa membuat kajian keyword, landing page, search network, content network dan sebagainya. Anda akan menanggung kos yang tinggi.
Semakin relevan website anda dengan carian yang difikirkan oleh Google, semakin menurun kos klik yang anda tanggung seterusnya menghasilkan Quality Score yang tinggi. Semakin tinggi Quality Score anda, semakin kurang kos anda. Click Thru Rate memainkan peranan penting kepada peningkatan Quality Score. Beberapa tip yang saya ingin kongsikan dengan anda.
1. Gunakan ayat berbentuk soalan dalam Tajuk Iklan anda. Contohnya, “Anda mahu RM400 setiap hari?”
2. Gunakan ayat bantuan langkah-langkah penyelesaian masalah seperti “Langkah menghilangkan jerawat dengan cepat”.
3. Teknik penceritaan seperti” Bagaimana saya menjana RM40,000 sebulan” dan sebagainya..
4. Paparkan seolah-olah anda pakar dalam sesuatu bidang seperti Raja Duit.
5. Gunakan perkataan Huruf Besar di setiap pangkal perkataan dalam iklan anda kecuali perkataan seperti “di”, “dalam”, “untuk” dan sejenis dengannya.
6. Gunakan perkataan “percuma” di dalam iklan anda sekiranya anda memang ada memberi sesuatu yang percuma dari website atau tawaran anda. Satu teknik yang mudah tetapi memberi kesan yang besar.
7. Bersambung..
Sila tinggalkan komen anda jika anda mempunyai idea-idea bernas…
Related posts:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

























